Tuesday, September 4, 2012

Kalau kereta berasap....


Sdr Ezuwan Adnir menunjukkan asap hitam keretanya...

Ada banyak sebab kenapa kereta anda berasap...

Pertama mungkin disebabkan campuran petrol-udara tidak seimbang, iaitu petrol lebih banyak kadarnya daripada biasa. Kalau ini puncanya cek dulu penapis udara. Tanggalkan terus penapis udara dan kalau dah takde asap cuma tukar penapis yang baru. Kalau dah buang penapis udara tapi asap masih tebal, ini mungkin jet karburetor dah rosak, bukaan terlalu besar sampai terlebih masuk petrol. Ini kena tukar jet, servis dan tune balik karburetor.

Kedua mungkin piston dan ringnya yang telah haus lalu membenarkan minyak hitam masuk ke kebuk pembakaran. Kalau makan minyak hitam tu punca dari piston atau ring, rawatannya memerlukan overhaul enjin

Untuk memastikan mana satu puncanya ialah dengan melihat keadaan plug. Caranya, tunggu enjin sejuk, keluarkan plug dan lihat keadaan plug berminyak atau tidak. Kalau plug kering tapi berjelaga hitam, itu tandanya terlebih petrol. Kalau kepala plug berminyak itu tandanya dah makan minyak hitam.

Dalam kes Ezuwan Adnir di atas, beliau dapati karburetornya telah rosak. Nasibnya baik dapat ganti dengan  set karburetor LMST yang masih elok dan masalahnya pun selesai.

5 comments:

  1. Kereta saya enjin leaking bila sya drive td...keluar asap putih tebal sgt
    Bila sya slow asap hilang...
    Apa patut sya buat
    Minta tolong sgt
    Sya pkai iswara areoback

    ReplyDelete
  2. Pagi tadi saya panaskan enjin keluar asap putih kaw kaw tebal dah macam pakai 2T pulak... Tinggal bunyi teng teng teng je... Dan minyak hitam terus kering... Apa puncanya?

    ReplyDelete
  3. Saya pakai proton saga 1.5sedan.
    Masaalah asap hitam kelihatan bila saya nak parking.bila rem takde sangat dan bila lepas pedal minyak terdapat sedikit asap hitam.apakah yg perlu saya lakukan

    ReplyDelete
  4. Saya pakai proton iswara 1.3
    Masalah saya. Kadang kadang asap putih keluar melalui exo dan berbau hangit terutama ketika mendaki bukit.minyak hitam tidak berkurangan.
    Apakah puncanya.
    T.kasih

    ReplyDelete
  5. Saya pnye timing jd x betul ezos megeluarkan asap hitam bnyk bila rem..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...