Saturday, November 3, 2012

Kenali Model Saga Anda


Ini model Mitsubishi Lancer Fiore yang menjadi asas Proton Saga pertama... 



Terhasillah Proton Saga pertama dengan enjin Orion 8 injap pada awal 1985.. Perhatikan gerbang tayar Saga ini lebih cantik, memang selari bentuknya depan dan belakang... Agaknya orang Mitsubishi pun takde idea nak menambah cantikkan bentuknya... Sebab tu bila Proton Saga keluar saja, semua orang seronok tengok bentuk yang anggun dan menawan (masa tu la)... 


Untuk rupa yang lebih sporty Proton keluarkan model Knight... Enjin Orion tidak digunakan lagi kerana kononnya enjin tu dah sepuluh tahun dicipta oleh Mitsubishi, maknanya dah ketinggalan zaman la (dengan kata lain rakyat kata Proton kena tipu dengan Mitsubishi yang bagi enjin lama)... Proton pun ambil enjin baru, Magma 8 injap...


Kemudian ditukar namanya jadi Aeroback... Tak silap saya masa ni la Proton pakai enjin Megavalve... Bunyi jer gah, sebenarnya enjin Magma 12 injap... Biasa la, nama biar gempaq...


Kemudian keluar model Iswara kalau tak silap pada tahun 1992... Malangnya gerbang tayar hadapan dah bentuk bulat, sama macam bentuk asal Fiore... Tak tahu apa muslihat Proton buat design yang huduh macam tu... Sesiapa boleh tolong jawab?

Enjin yang dipakai masih Magma Megavalve untuk pasaran tempatan... Tetapi untuk pasaran United Kingdom dipasang dengan injection... Ada juga model UK ni yang terlepas di pasaran tempatan... Pemiliknya punyalah bangga kalau dapat pakai model UK, dua tahun tak habis cerita... Dia tak tahu sebenarnya yang dijual kat Malaysia tu adalah model reject yang tak dapat dipasarkan di England.... Negara Eropah memang strict sikit QC depa, silap sikit reject... Yang Mr. Bean pukul bola golf sampai masuk dalam ekzos langsung enjin tak boleh start tu yang ni la... Tak logik betul....


Ada kaki ubahsuai yang jadikan Saga pacuan keempat-empat roda... Ini takde jual di pasaran... tetapi kebolehan dan kekreatifan rakyat Malaysia memungkinkan segala-galanya... Kelulusan JPJ? Sorry...


Memandangkan sambutan Saga/Iswara yang hangat, Proton keluarkan pula model kereta kebal... Model ini juga dikenali sebagai LMSS yang bermakna Lotus Meter Saga Style... Masa tu kompeni Lotus tu dah jadi milik Proton... Agaknya depa minat dengan meter yang dipakai pada Lotus Elise, ambil design meter tu pasang pada Aeroback ni... Tu je la yang Lotus bagi tiru...


Tak lama kemudian keluar model LMST - Lotus Meter Saga Trimmed. Model ni ditambah dengan power steering dan CD player... Inilah model terakhir Saga/Iswara sebelum ditamatkan pengeluarannya pada 2008 dengan digantikan dengan Saga baru model Balik Larut Malam (BLM)... Di negara kita inilah satu-satunya kereta baru yang masih menggunakan sistem karburetor. Pengeluar lain semua dah keluarkan injection... Dengan berhentinya pengeluaran kereta carburetor nampaknya pomen pokok ceri dah payah nak cari makan melainkan mereka pergi bertapa dulu menuntut ilmu baru...

Sekian adanya....

26 comments:

  1. ooooo macam tu.... baru tau.. sebab sebelum ni wikipedia bagi cerita tak complete la

    ReplyDelete
  2. Usah kata Wikipedia, laman web Proton sendiri pun tak complete.. Cana pun sejarah di atas sebahagian besarnya adalah daripada pengetahuan dan pengalaman penulis sendiri.. Mungkin ada yang tidak tepat.. Ada lagi yang tertinggal di sana sini nanti saya up-datekan...

    ReplyDelete
  3. Agak2 ada ke fiore original dijalan raya malaysia ni?

    ReplyDelete
  4. Lancer Fiore sikembar Saga tu sebenarnya ada di Malaysia ni.. Saya ada terjumpa beberapa kali.. Rupanya tidak menarik langsung, tak tahu di mana silapnya.. Dan dengar rumors ada mengatakan ia adalah antara keluaran Mitsubishi yang gagal. Masalah utama kereta itu ialah kekemasan luarannya yang sangat lemah, cepat karat, getah balut cermin cepat lusuh, cat cepat pudar, merekah dan sebagainya..

    Mujurlah kelemahan Fiore itu dapat diatasi pada model Saga.. Itulah kelebihan Proton.

    ReplyDelete
  5. tp pada tahun 2013 ni model paling top utk sagawara ni convert fiore la..nk dapat yg original mmg susah..tp kalau dh minat ape pn boleh.. org byk duit je leh layan fiore ni...aku still layan lmst jom join club www.sagaiswaraclub.com

    ReplyDelete
  6. gud info bro..padat, panas dan pedas

    ReplyDelete
  7. Kereta semput bila nk memotong apa masalahnya??

    ReplyDelete
  8. Salam..enjin keta kebal prtma (LMSS) tu sme jke dgn keta kebal kdua (LMST)?? Org kata keta kebal kdua tu lajuuu..

    ReplyDelete
  9. salam bro khairul. kalu saya x silap saga kebal tu pakai piping lain. ada kete membe gua dulu dia pakai stok je mmg layan. lagi power dari knight aku.

    pastu nk cite lebih dia tuka clutch dia jadik 1.6 nye x silap. x taulah apa size ~ 8 inch ka, 8.5 ka, tapi gua naek..... max speed 170 gitu je. tapi satu je masalah die -- xtau nape kete die xde power sereng. ke dah rosak kot. skg nk tuka power serent mau kurang2 800...

    ReplyDelete
  10. Kenapa skarang xde spesis aeroback lg?yg sy tahu,negara kita saja yg ada keluaran aeroback.kenapa x kekalkn gelaran tu?asyik2 hatchback,saloon,family car dah boring tengok.

    ReplyDelete
  11. wahh admin nie mmg kaki proton saga... tapi nak tanya la kau 8vave ni race dgn 12 vave spe yang mnang ek...

    ReplyDelete
  12. Boleh ke gearbox magma pakai ke megavalve.

    ReplyDelete
  13. maknanya semua kereta saga termasuk iswara xde yang pakai injection lah?

    ReplyDelete
  14. salam pcbahar, nk tnya skit meter lmst yg lampu biru sakit mata tu,tahun brapa. pastu kalo sy nk upgrade yg lampu agak ceria putih biru merah tu keluaran tahun brapa ye. harap pcbahar sudi reply

    ReplyDelete
  15. Kereta saga cylclon 8valve boleh tak masuk injin megavalve apa yg perlu diubah suai

    ReplyDelete
  16. Salam semua klu nk masuk SIOC mcm mn
    Ni utk ank sy .tlg info

    ReplyDelete
  17. Sesiapa tahu apa cara dn bagaimana contact siapa utk main kete kt track

    ReplyDelete
  18. Ank sy minat nk lumba kete kt track
    Tlg info

    ReplyDelete
  19. Mcm mana nk baca sistem minyak , 1 bar berapa liter ?? 1 bar boleh pegi berapa jauh ??

    ReplyDelete
  20. Kalau share maklumat proton saga ni kalau tak perli2 tak boleh ke? Bagi saya kereta ni yg paling praktikal, dah 30 tahun saya guna iswara,dgn jagaan yg baik, elok lagi sampai sekarang, tak spt model kereta eropah lepas 5 tahun guna mcm2 ragam

    ReplyDelete
  21. Dengar lagu shallow teringat saga iswara
    Dengar lagu rasa sedap telinga

    ReplyDelete
  22. Best juga tengok perkembangan Proton..Syabas Malaysia

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...