Saturday, November 3, 2012

Kenali Model Saga Anda


Ini model Mitsubishi Lancer Fiore yang menjadi asas Proton Saga pertama... 



Terhasillah Proton Saga pertama dengan enjin Orion 8 injap pada awal 1985.. Perhatikan gerbang tayar Saga ini lebih cantik, memang selari bentuknya depan dan belakang... Agaknya orang Mitsubishi pun takde idea nak menambah cantikkan bentuknya... Sebab tu bila Proton Saga keluar saja, semua orang seronok tengok bentuk yang anggun dan menawan (masa tu la)... 


Untuk rupa yang lebih sporty Proton keluarkan model Knight... Enjin Orion tidak digunakan lagi kerana kononnya enjin tu dah sepuluh tahun dicipta oleh Mitsubishi, maknanya dah ketinggalan zaman la (dengan kata lain rakyat kata Proton kena tipu dengan Mitsubishi yang bagi enjin lama)... Proton pun ambil enjin baru, Magma 8 injap...


Kemudian ditukar namanya jadi Aeroback... Tak silap saya masa ni la Proton pakai enjin Megavalve... Bunyi jer gah, sebenarnya enjin Magma 12 injap... Biasa la, nama biar gempaq...


Kemudian keluar model Iswara kalau tak silap pada tahun 1992... Malangnya gerbang tayar hadapan dah bentuk bulat, sama macam bentuk asal Fiore... Tak tahu apa muslihat Proton buat design yang huduh macam tu... Sesiapa boleh tolong jawab?

Enjin yang dipakai masih Magma Megavalve untuk pasaran tempatan... Tetapi untuk pasaran United Kingdom dipasang dengan injection... Ada juga model UK ni yang terlepas di pasaran tempatan... Pemiliknya punyalah bangga kalau dapat pakai model UK, dua tahun tak habis cerita... Dia tak tahu sebenarnya yang dijual kat Malaysia tu adalah model reject yang tak dapat dipasarkan di England.... Negara Eropah memang strict sikit QC depa, silap sikit reject... Yang Mr. Bean pukul bola golf sampai masuk dalam ekzos langsung enjin tak boleh start tu yang ni la... Tak logik betul....


Ada kaki ubahsuai yang jadikan Saga pacuan keempat-empat roda... Ini takde jual di pasaran... tetapi kebolehan dan kekreatifan rakyat Malaysia memungkinkan segala-galanya... Kelulusan JPJ? Sorry...


Memandangkan sambutan Saga/Iswara yang hangat, Proton keluarkan pula model kereta kebal... Model ini juga dikenali sebagai LMSS yang bermakna Lotus Meter Saga Style... Masa tu kompeni Lotus tu dah jadi milik Proton... Agaknya depa minat dengan meter yang dipakai pada Lotus Elise, ambil design meter tu pasang pada Aeroback ni... Tu je la yang Lotus bagi tiru...


Tak lama kemudian keluar model LMST - Lotus Meter Saga Trimmed. Model ni ditambah dengan power steering dan CD player... Inilah model terakhir Saga/Iswara sebelum ditamatkan pengeluarannya pada 2008 dengan digantikan dengan Saga baru model Balik Larut Malam (BLM)... Di negara kita inilah satu-satunya kereta baru yang masih menggunakan sistem karburetor. Pengeluar lain semua dah keluarkan injection... Dengan berhentinya pengeluaran kereta carburetor nampaknya pomen pokok ceri dah payah nak cari makan melainkan mereka pergi bertapa dulu menuntut ilmu baru...

Sekian adanya....

Sunday, October 28, 2012

Minyak Gear

Basic tools

Oil drain

Penukaran minyak gear manual pada penggunaan biasa dilakukan setiap empat tahun sekali. Anda cuma perlu perkakasan asas sahaja seperti box spanner size 17, 19 dan 24, corong dan takung.. Off course kena ada juga jack dan siap beli 2 liter minyak gear.

Wednesday, October 17, 2012

Baik buruk thermostat

Thermostat kereta





Dalam http://www.facebook.com/groups/sagaiswara/ telah diperbincangkan baik buruk menggunakan thermostat pada enjin Saga/Iswara..

Antara kebaikan penggunaan thermostat:
- Enjin cepat dipanaskan kepada suhu bekerja 
- Haba disebarkan secara merata di sekitar enjin
- Sangat sesuai digunakan di tanah tinggi atau di kawasan sejuk 

Antara kebaikan membuang thermostat:
- Tiada lagi kemungkinan thermostat rosak yang boleh menyebabkan enjin overheat
- Tidak berlaku overheat - elok dalam cuaca panas kita
- Kitaran air lebih lancar di sekitar enjin
- Thermostat tak perlu lagi kerap diperiksa..

Kepada anda yang ingin membuang thermostat pastikan anda tahu kesan baik buruknya..

Sekian..

p/s Untuk enjin moden yang guna injection, ECU, CVT, dsb tidak digalakkan buang thermostat nanti enjin jadi pening..

Wednesday, September 12, 2012

Basuh enjin




Perkara asas yang perlu diambil berat oleh pemilik kereta ialah memastikan enjin sentiasa dalam keadaan bersih dan cantik. Ramai berasa ragu-ragu untuk membersihkan enjin dengan anggapan bahawa sabun dan air akan merosakkan komponen enjin terutama yang melibatkan elektronik. Memang benar andaian ini namun itu tidak sepatutnya menjadikan enjin anda dibiarkan terlalu kotor.

Ramai yang menyerahkan tugas membasuh enjin kepada carwash. Tetapi sebenarnya anda sendiri pun boleh melakukannya terutama di hari cuti di hujung minggu. Perkara asas dalam mencuci enjin ialah anda tahu apa yang boleh dan tak boleh dilakukan. Secara umumnya enjin yang baik ialah enjin yang rentan (resistant) terhadap air.

Bagi Saga Iswara biasa tidak menjadi masalah kerana amat kurang bahagian elektronik yang terdedah. Dalam contoh di atas, degreaser digunakan untuk membuang kekotoran minyak dan grease yang terlekat pada enjin. Setelah disembur dengan degreaser, gunakan kain untuk menggosok mana-mana bahagian yang kotor. Kemudian dibilas dengan air. Proses ini perlu berhati-hati. Bahagian yang kerap dimasuki air ialah distributor yang bertanda merah bulat dalam gambar di atas. Enjin tidak dapat dihidupkan atau kalau hidup pun ia tersengguk-sengguk menandakan air memenuhi distributor. Gunakan screw driver bintang pendek untuk membuka dua screw yang mengikat penutup distributor. Lap dengan kain kering sehingga hilang semua titisan air... Mudah saja...

Tuesday, September 4, 2012

Kalau kereta berasap....


Sdr Ezuwan Adnir menunjukkan asap hitam keretanya...

Ada banyak sebab kenapa kereta anda berasap...

Pertama mungkin disebabkan campuran petrol-udara tidak seimbang, iaitu petrol lebih banyak kadarnya daripada biasa. Kalau ini puncanya cek dulu penapis udara. Tanggalkan terus penapis udara dan kalau dah takde asap cuma tukar penapis yang baru. Kalau dah buang penapis udara tapi asap masih tebal, ini mungkin jet karburetor dah rosak, bukaan terlalu besar sampai terlebih masuk petrol. Ini kena tukar jet, servis dan tune balik karburetor.

Kedua mungkin piston dan ringnya yang telah haus lalu membenarkan minyak hitam masuk ke kebuk pembakaran. Kalau makan minyak hitam tu punca dari piston atau ring, rawatannya memerlukan overhaul enjin

Untuk memastikan mana satu puncanya ialah dengan melihat keadaan plug. Caranya, tunggu enjin sejuk, keluarkan plug dan lihat keadaan plug berminyak atau tidak. Kalau plug kering tapi berjelaga hitam, itu tandanya terlebih petrol. Kalau kepala plug berminyak itu tandanya dah makan minyak hitam.

Dalam kes Ezuwan Adnir di atas, beliau dapati karburetornya telah rosak. Nasibnya baik dapat ganti dengan  set karburetor LMST yang masih elok dan masalahnya pun selesai.

Pengilat kereta


G3 @ paste compound...
Biasanya di jual di kedai hardware atau kedai cat... Rege dlm RM35... untuk makluman sahabat sekalian

- daripada Muhammad Rohani -

Saga vs Civic



Dari majalah Auto International keluaran August 1986 - persaingan sengit segmen 1.5 antara Saga dan Civic.. Banyak aspek Civic mengatasi Saga, tetapi masyarakat kebanyakan tetap memuja Saga.

Saga Generasi Pertama




Muka depan majalah Auto International keluaran September 1985 yang memaparkan model pertama
Proton Saga

Selamat datang

Selamat datang ke blog Saga Iswara Owners Malaysia.

Blog ini adalah kesinambungan daripada penubuhan Saga Iswara Owners Community Malaysia yang diusahakan bersama-sama ahli-ahli kumpulan Saga/Iswara di laman muka buku  http://www.facebook.com/groups/sagaiswara/ .

Tujuan blog ini ialah sebagai tempat himpunan semua perbincangan, soal jawab, berita dan pelbagai maklumat berkaitan kereta Saga Iswara kumpulan facebook tersebut dalam satu blog yang boleh dijadikan sebagai sumber rujukan.

Semoga dengan adanya blog ini akan memudahkan pengguna kereta model Saga/Iswara membuat rujukan dan panduan.

Kami mengalu-alukan sebarang komen dan cadangan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...