Wednesday, September 12, 2012

Basuh enjin




Perkara asas yang perlu diambil berat oleh pemilik kereta ialah memastikan enjin sentiasa dalam keadaan bersih dan cantik. Ramai berasa ragu-ragu untuk membersihkan enjin dengan anggapan bahawa sabun dan air akan merosakkan komponen enjin terutama yang melibatkan elektronik. Memang benar andaian ini namun itu tidak sepatutnya menjadikan enjin anda dibiarkan terlalu kotor.

Ramai yang menyerahkan tugas membasuh enjin kepada carwash. Tetapi sebenarnya anda sendiri pun boleh melakukannya terutama di hari cuti di hujung minggu. Perkara asas dalam mencuci enjin ialah anda tahu apa yang boleh dan tak boleh dilakukan. Secara umumnya enjin yang baik ialah enjin yang rentan (resistant) terhadap air.

Bagi Saga Iswara biasa tidak menjadi masalah kerana amat kurang bahagian elektronik yang terdedah. Dalam contoh di atas, degreaser digunakan untuk membuang kekotoran minyak dan grease yang terlekat pada enjin. Setelah disembur dengan degreaser, gunakan kain untuk menggosok mana-mana bahagian yang kotor. Kemudian dibilas dengan air. Proses ini perlu berhati-hati. Bahagian yang kerap dimasuki air ialah distributor yang bertanda merah bulat dalam gambar di atas. Enjin tidak dapat dihidupkan atau kalau hidup pun ia tersengguk-sengguk menandakan air memenuhi distributor. Gunakan screw driver bintang pendek untuk membuka dua screw yang mengikat penutup distributor. Lap dengan kain kering sehingga hilang semua titisan air... Mudah saja...

8 comments:

  1. asalamualaikum yop! tengkiu krn dtg blol teman wasukalu.blogspot.com. teman paka iswara juge yop. ade masaloh bru2 ni. bile pasang ekon kete ngenjut macam berat . ngapa tu yop? tak ponoh jadi macam ni.

    ReplyDelete
  2. Salam...
    Apabila kita pasang aircond sepatutnya rpm enjin akan naik sedikit untuk seimbangkan kelajuan enjin dengan berat compressor yang perlu diputar. Kalau enjin jadi berat mungkin switch yang mengawal kelajuan enjin ada problem. Dalam istilah automotif switch itu namanya FICD (Fast Idling Control Device) swith.. Cuba cek mungkin ada tiub getah vacuum ke suis itu yang bocor atau putus...

    kalau semua okay tapi enjin masih berat mungkin sistem air-cond perlu full servis..

    ReplyDelete
  3. trimas bro... nak cuba cuci la..mcm senang je.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. salam saya nak tanya saya pakai keta saga kebal
    kenapa time bawak asyik tersengguk2 jer time tekan minyak mcm semput
    totorbody dah tuka claucth plate dah tukar kabel pluk dah tukar kaberetor dah tukar.. tah apa masalah lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buka penutup distributor kalau ada karat putih kikis smpai bersih. Sy pernah hadapi, skrang dah ok

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...