Sunday, June 16, 2013

Tukar minyak enjin dalam 5000 kilometer sekali. perlu atau tidak?

Perlu atau tidak menukar minyak pelincir pada sela masa atau tahap kilometer yang tertentu? atau hanya gimik bagi syarikat pengeluar minyak pelincir untuk mengaut untung sahaja?

ada khabar mengatakan tahap kilometer yang di tulis pada botol minyak pelincir adalah gimik syarikat pengeluar untuk memperoleh keuntungan daripada penukaran minyak tersebut.

jika gimik itu adalah benar, jadi kenapa kini sejak tahun 2010 syarikat pengeluar kereta mewah menggunakan sistem Oil Life Monitoring System? adakah ini bermakna bukan jarak pemanduan faktor penentu untuk menukar minyak enjin?


Ikuti perbincangan kami Klik di sini

Sunday, January 27, 2013

Panaskan Enjin kereta, perlu atau tidak?


Upacara memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter.

Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi. Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan. Makan masa dalam 15 minit juga. Golongan kaki panaskan enjin seperti itu mesti bangun awal. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangka hayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.

Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni?
Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun , United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan idling melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?

The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia?

Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, “Engines run best at their design temperature”. Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin anda di dalam keadaan idling adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain stylel Amerika, lagi ‘gentle’ kalau pandu terus.

Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan tidak berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahan api tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelincir akan berubah dan hilang kecekapannya.

Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.

Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.

Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia pun dah mula guna pakai. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah mengconvert karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan.
Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap suhu 400 – 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin.

Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, anda perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan idling maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Anda rasa apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?

Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit.Mari kita lihat apa pula kebaikan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin. Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin.

Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang anda perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang anda perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan idling?

Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia . BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab mereka tahu jika enjin cepat rosak nanti mesti pelanggan mengadu. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus pandu cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini tidak, siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan isteri tapi enjin kereta terbiar hidup.

Seperkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan anda tidak bergerak. Kalau tunggu kekasih turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan idling ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.


P/s: kesimpulannya, Warm up 30 saat tu normal, tapi kalau sampai 5 minit tu lebih-lebih 

Sunday, January 20, 2013

DIY Oil Catch Tank





Pengubahsuaian alternatif bagi yang ingin mencuba terutama yang menghadapi masalah minyak enjin masuk ke air filter yang mana menyebabkan pembakaran tak sempurna dan asap putih juga berbau busuk.

DIY cost- RM8.00

Credit to Badrulhasya Adnan

Saturday, November 3, 2012

Kenali Model Saga Anda


Ini model Mitsubishi Lancer Fiore yang menjadi asas Proton Saga pertama... 



Terhasillah Proton Saga pertama dengan enjin Orion 8 injap pada awal 1985.. Perhatikan gerbang tayar Saga ini lebih cantik, memang selari bentuknya depan dan belakang... Agaknya orang Mitsubishi pun takde idea nak menambah cantikkan bentuknya... Sebab tu bila Proton Saga keluar saja, semua orang seronok tengok bentuk yang anggun dan menawan (masa tu la)... 


Untuk rupa yang lebih sporty Proton keluarkan model Knight... Enjin Orion tidak digunakan lagi kerana kononnya enjin tu dah sepuluh tahun dicipta oleh Mitsubishi, maknanya dah ketinggalan zaman la (dengan kata lain rakyat kata Proton kena tipu dengan Mitsubishi yang bagi enjin lama)... Proton pun ambil enjin baru, Magma 8 injap...


Kemudian ditukar namanya jadi Aeroback... Tak silap saya masa ni la Proton pakai enjin Megavalve... Bunyi jer gah, sebenarnya enjin Magma 12 injap... Biasa la, nama biar gempaq...


Kemudian keluar model Iswara kalau tak silap pada tahun 1992... Malangnya gerbang tayar hadapan dah bentuk bulat, sama macam bentuk asal Fiore... Tak tahu apa muslihat Proton buat design yang huduh macam tu... Sesiapa boleh tolong jawab?

Enjin yang dipakai masih Magma Megavalve untuk pasaran tempatan... Tetapi untuk pasaran United Kingdom dipasang dengan injection... Ada juga model UK ni yang terlepas di pasaran tempatan... Pemiliknya punyalah bangga kalau dapat pakai model UK, dua tahun tak habis cerita... Dia tak tahu sebenarnya yang dijual kat Malaysia tu adalah model reject yang tak dapat dipasarkan di England.... Negara Eropah memang strict sikit QC depa, silap sikit reject... Yang Mr. Bean pukul bola golf sampai masuk dalam ekzos langsung enjin tak boleh start tu yang ni la... Tak logik betul....


Ada kaki ubahsuai yang jadikan Saga pacuan keempat-empat roda... Ini takde jual di pasaran... tetapi kebolehan dan kekreatifan rakyat Malaysia memungkinkan segala-galanya... Kelulusan JPJ? Sorry...


Memandangkan sambutan Saga/Iswara yang hangat, Proton keluarkan pula model kereta kebal... Model ini juga dikenali sebagai LMSS yang bermakna Lotus Meter Saga Style... Masa tu kompeni Lotus tu dah jadi milik Proton... Agaknya depa minat dengan meter yang dipakai pada Lotus Elise, ambil design meter tu pasang pada Aeroback ni... Tu je la yang Lotus bagi tiru...


Tak lama kemudian keluar model LMST - Lotus Meter Saga Trimmed. Model ni ditambah dengan power steering dan CD player... Inilah model terakhir Saga/Iswara sebelum ditamatkan pengeluarannya pada 2008 dengan digantikan dengan Saga baru model Balik Larut Malam (BLM)... Di negara kita inilah satu-satunya kereta baru yang masih menggunakan sistem karburetor. Pengeluar lain semua dah keluarkan injection... Dengan berhentinya pengeluaran kereta carburetor nampaknya pomen pokok ceri dah payah nak cari makan melainkan mereka pergi bertapa dulu menuntut ilmu baru...

Sekian adanya....

Sunday, October 28, 2012

Minyak Gear

Basic tools

Oil drain

Penukaran minyak gear manual pada penggunaan biasa dilakukan setiap empat tahun sekali. Anda cuma perlu perkakasan asas sahaja seperti box spanner size 17, 19 dan 24, corong dan takung.. Off course kena ada juga jack dan siap beli 2 liter minyak gear.

Wednesday, October 17, 2012

Baik buruk thermostat

Thermostat kereta





Dalam http://www.facebook.com/groups/sagaiswara/ telah diperbincangkan baik buruk menggunakan thermostat pada enjin Saga/Iswara..

Antara kebaikan penggunaan thermostat:
- Enjin cepat dipanaskan kepada suhu bekerja 
- Haba disebarkan secara merata di sekitar enjin
- Sangat sesuai digunakan di tanah tinggi atau di kawasan sejuk 

Antara kebaikan membuang thermostat:
- Tiada lagi kemungkinan thermostat rosak yang boleh menyebabkan enjin overheat
- Tidak berlaku overheat - elok dalam cuaca panas kita
- Kitaran air lebih lancar di sekitar enjin
- Thermostat tak perlu lagi kerap diperiksa..

Kepada anda yang ingin membuang thermostat pastikan anda tahu kesan baik buruknya..

Sekian..

p/s Untuk enjin moden yang guna injection, ECU, CVT, dsb tidak digalakkan buang thermostat nanti enjin jadi pening..

Wednesday, September 12, 2012

Basuh enjin




Perkara asas yang perlu diambil berat oleh pemilik kereta ialah memastikan enjin sentiasa dalam keadaan bersih dan cantik. Ramai berasa ragu-ragu untuk membersihkan enjin dengan anggapan bahawa sabun dan air akan merosakkan komponen enjin terutama yang melibatkan elektronik. Memang benar andaian ini namun itu tidak sepatutnya menjadikan enjin anda dibiarkan terlalu kotor.

Ramai yang menyerahkan tugas membasuh enjin kepada carwash. Tetapi sebenarnya anda sendiri pun boleh melakukannya terutama di hari cuti di hujung minggu. Perkara asas dalam mencuci enjin ialah anda tahu apa yang boleh dan tak boleh dilakukan. Secara umumnya enjin yang baik ialah enjin yang rentan (resistant) terhadap air.

Bagi Saga Iswara biasa tidak menjadi masalah kerana amat kurang bahagian elektronik yang terdedah. Dalam contoh di atas, degreaser digunakan untuk membuang kekotoran minyak dan grease yang terlekat pada enjin. Setelah disembur dengan degreaser, gunakan kain untuk menggosok mana-mana bahagian yang kotor. Kemudian dibilas dengan air. Proses ini perlu berhati-hati. Bahagian yang kerap dimasuki air ialah distributor yang bertanda merah bulat dalam gambar di atas. Enjin tidak dapat dihidupkan atau kalau hidup pun ia tersengguk-sengguk menandakan air memenuhi distributor. Gunakan screw driver bintang pendek untuk membuka dua screw yang mengikat penutup distributor. Lap dengan kain kering sehingga hilang semua titisan air... Mudah saja...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...